Ticker

6/recent/ticker-posts

Keluarga Neelofa beri keterangan di IPD Brickfields hari ini

 


Baru-baru ini viral satu video yang telah dikongsikan oleh kakak kepada personaliti terkenal Neelofa yang memaparkan Neelofa bersama keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di dalam sebuah rumah di kawasan Telok Gong. Bagaimanapun video tersebut telah pun dipadam.


Dan hari ini ahli keluarga selebriti tersebut telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini.



Turut kelihatan berada di IPD berkenaan bapa kepada selebriti itu.


Mereka tiba menaiki sebuah kenderaan Toyota Alphard berwarna putih pada jam 2.51 petang.


Terdahulu, polis menjalankan siasatan terhadap keluarga berkenaan kerana didak.wa meIang.gar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar dilaporkan berkata, terdapat video tular yang dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti berkenaan yang merakamkan detik sambutan Hari Raya Aidilfitri Khamis lalu di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail.


Siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat itu memaparkan ahli keluarga selebriti berkenaan didapati berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

SUMBER : METRO

Post a Comment

0 Comments