Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen terkejut lihat anak Anzalna Nasir sudah pandai bahasa Perancis walau usia baru 2 tahun

 


Sudah 2 tahun kini usia anak sulung pelakon cantik manis, Anzalna nasir iaitu Mohamad Eidrees.


Baru-baru ini Anzalna telah memuat naik satu video Eidress di media sosial dan video tersebut menarik perhatian netizen.Mana tidaknya, baru sahaja dua tahun Eidress bukan sahaja pandai berzikir dan mengaji, malah boleh mengira dan menyanyi dalam bahasa Perancis.


Menerusi entri itu, Anzalna berkata anaknya itu seorang yang pemalu sehingga sehingga susah untuk merakam momen anaknya mempamerkan kebijaksanaannya itu.


Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kebijaksanaan Eidress. Tidak kurang juga ada yang meminta tip untuk mengajar anak bahasa lain.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum kerana baru usia 2 tahun Eidress sudah pandai bercakap bahasa perancis, dah la bijak comel pulak.




Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments