Baru-baru ini viral satu posting berkenaan seorang penjual burger yang telah dikompaun RM50,000 kerana tidak mematuhi SOP yang berkuatkuasa semasa PKP dilaksanakan di kelatan.
Rata-rata netizen bengang dan beranggapan kompaun tersebut jumlahnya sangat tinggi dan semestinya akan menjadi satu masalah kepada mereka yang terpaksa membayar disaat-saat ekonomi yang tidak menentu sekarang.
Susulan itu, seorang pembaca sebuah stesen tv swasta telah mengeluarkan kata-kata seperti berikut ketika membaca berita.
"Ketika otak yang letaknya di atas. Tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut"
Nada yang meluahkan ketidakpuashatian terhadap isu tersebut telah disuarakan oleh seorang pembaca berita secara langsung.
tindakan tersebut disifatkan seperti 'otak di lutut' kerana mereka cumalah penjaja kecil dan ada juga yang terpaksa menanggung lebih sepuluh orang isi rumah untuk diberi makan.
Bagaimanapun, kesan daripada percakapan tersebut, PoIis sudah membuka kertas slasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fltnah.
0 Comments