Ticker

6/recent/ticker-posts

Boleh berniaga, tapi tak boleh rentas negeri ambil durian, keluh peniaga durian

 


Keputusan kerajaan melaksanakan perintah lockdown ketika ini bagi mencegah penularan pendemlk C0VlD-19 memberi kesan kepada peniaga kecil termasuk penjual buah durian apabila mereka gagal mendapatkan kelulusan merentas negeri bagi mendapatkan bekalan raja buah tersebut.


Walaupun diberi kebenaran membuka gerai, namuan kebanyakan mereka gagal mendapatkan surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri, sekali gus menyebabkan peniaga bermusim ini terbantut untuk menjalankan perniagaan.

Baru-baru ini di media sosial hangat diperkatakan tentang isu lambakan durian dan isu ini diluahkan oleh peniaga durian.

Negara sedang melaksanakan 'total lockdown' buat kali ketiga menyebabkan penjualan durian terbantut kerana sekatan merentas daerah dan negeri.



"Saya jangkakan akan mengalami kerugian sekitar RM80,000 kerana tahun ini, hasil dianggarkan sebanyak 17 tan berbanding tahun lalu, sekitar 11 tan sahaja. Selain baja, faktor cuaca juga memainkan peranan dalam penghasilan buah,"  kata seorang peniaga durian.


Berikut adalah respon dari netizen berkenaan isu ini





Bagaimanapun pihak FAMA menafikan isu lambakan durian ini.

Tiada masalah lambakan durian yang berlaku di negeri ini, malah bekalan 'raja buah' itu dilaporkan masih tidak mencukupi di pasaran.


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, menerusi pemantauan pihaknya, trend pengeluaran durian semasa di Balik Pulau sedang meningkat naik dan dijangka memuncak pada minggu kedua atau ketiga Jun depan.

Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan

Dipetik dari sinar harian 


Post a Comment

0 Comments