Ticker

6/recent/ticker-posts

Siti Elizad buat laporan polis selepas bengang digeIar manduI dan dituduh tak soIat

 


 Luluh dan teramat sedih dengan kebiadaban seorang individu yang sewenang-wenang menggelarkan dirinya manduI, bahkan dihina dengan kata-kata keesat berikutan belum mempunyai zuriat, pelakon dan pengacara Siti Elizad bertindak membuat laporan polis.


Menurut Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, dia nekad memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri.


“Pertamanya, jarang-jarang hendak melayan komen-komen bodoh begini tetapi bila dia guna perkataan ‘manduI’, sangat meIuukakan hati saya.


“Kau Allah SWT ke yang tahu aku ini manduI atau tidak boleh beranak? MenggigiiI dan terketar-ketar tangan ketika ini,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.



Dalam perkongsian sama, pelakon Puteri Yang Ditukar itu turut memuat naik sebuah video seorang lelaki yang mengecam tindakan biadab individu terbabit terhadapnya.


Tambah penyampai radio Sinar.FM itu, tuduhan tersebut terlalu keejam sehingga membuatkan jantungnya seperti hendak gug0r.


Lebih menyedihkan, Eliaz mengakui juga menaip kapsyen hantaran tersebut dalam keadaan menangis.


“Jantung rasa nak tercabut, sedih yang teramat sangat! Kau sukakah kalau tengok saya bercerai-berai sebab belum ada zuriat?


“Saya menangis ketika menaip semua ini, awak tahu ke saya solat atau tidak? Bersedekah, mengaji, atas sejadah dan semua amalan perlu dikongsi ke? Lain orang lain caranya.


“Saya tidak perlukan perhatian murahan seperti ini kerana sudah bahagia dengan kehidupan sekarang. Rezeki anak itu semua kerja Allah,” ujarnya lagi.


Dalam pada itu, dia juga menegaskan perkataan mandul tidak boleh disebut mahupun dilabelkan kepadanya memandangkan selama ini dia sudah berusaha keras, bahkan pernah mengandung untuk mendapatkan zuriat.


“Saya berusaha keras bagai nak matl untuk dapatkan zuriat sendiri. Hari-hari menangis dalam solat minta pada Allah agar jangan biarkan berseorangan tanpa zuriat.


“Bertahun-tahun jumpa doktor pakar, pergi seluruh peIusuk berubat, cucok sana-sini, saklt tahu tak? Kau pula senang-senang gelar aku pu****k dan manduI,” tulisnya lagi.


“Jarang aku ambil kisah dan tidak maafkan orang tetapi kali ini, luluh hati! Saya sudah buat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil terima kasih kepada semua yang membantu, selebihnya tunggu tindakan selanjutnya esok,” ujarnya.


Dia turut mengucapkan terima kasih kepada seorang lelaki dalam video berkenaan yang berpihak kepadanya dan turut mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab itu.


Terdahulu, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada September tahun lalu namun disahkan mengalami keguguran pada oNovember.


Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. 


Sumber – K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments