Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Netizen Pelik Kenapa Suara Ke Laut Tapi Boleh Jadi Penyanyi, Selebriti TikTok Ini Dikecam?

 


Dengan kecanggihan teknologi  dan pelbagai platform media sosial, kini anak muda semakin senang untuk menonjolkan bakat terpendam untuk dipersembahkan kepada orang ramai.


Bukan menidakkan rancangan pertandingan nyanyian yang memang sudah terbukti melahirkan ramai selebriti yang popular sehingga ke akhir ini, tetapi bukan semua orang mendapat peluang tersebut.'



Baru-baru ini hangat diperkatakan di laman Twitter mengenai penyanyi baru dikenali sebagai Suekhaizhar yang juga selebriti TikTok apabila lagu pertamanya berjudul Aku Budak Girl menjadi bualan ramai.


Lebih mengejutkan, lagu nyanyian Suekhaizhar yang mempunyai 1.3 juta pengikut di Tiktok itu meraih satu juta tontonan meskipun baru 4 hari dimuat naik di laman YouTube.

Bagaimanapun, ramai yang kurang senang serta mengecam suara gadis itu yang agak ke laut. Malah, di ruangan komen di YouTube dipenuhi dengan komen negatif.


Tidak kurang juga, ramai yang meluahkan rasa hairan bagaimana gadis itu boleh bergelar penyanyi serta bimbang boleh merosakkan industri tanah air disebabkan artis tidak berkualiti.

 

Dalam pada itu, ada yang memberi cadangan kepada mereka yang mahu menjadi penyanyi supaya masuk kelas vokal terlebih dahulu dan tidak hanya tangkap muat sahaja.





Walaupun mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan setakat ini, namun lagu berkenaan menerima 85 ribu dislike.


Sumber : Gulapop

Post a Comment

0 Comments