Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan putus asa Ebit, Allah nak uji kita, pesan Ustaz Kazim Elias

 


Ustaz Ebit Lew diharap tidak putus asa dan meneruskan usaha-usaha dakwah serta membantu mereka yang memerlukan.


Saranan itu diberikan pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang memuji usaha dilakukan Ebit kerana memberikan inspirasi kepada semua orang untuk membantu golongan susah.


Menurutnya, segala yang berlaku kepada Ebit merupakan satu ujian daripada ALLAH untuk menguji keimanan dan meningkatkan darjat hamba-NYA.


"Apa yang dilalui oleh Ebit Lew saya telah lalui dan ia memang sesuatu yang menyedihkan perasaan. Saya pernah disantau, diheentam dan dib0lkot. Namun ujian tersebut ada hikmahnya dan menghasilkan sesuatu yang baik termasuklah dengan penubuhan Pusat Pendidikan Al-Barakah.


"Saya harap Ebit Lew jangan paatah hati dan teruslah membantu orang ramai. Nasihat saya, kalau orang heentam kita, nabi lagi ter0k kena heentam. Apa yang berlaku ini ALLAH nak uji kita dan nak tunjuk siapa kawan dan siapa Iawan sebenar," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, di sini, semalam.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Ebit Lew untuk berehat daripada memberi bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan itu.

Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments