Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Rakyat Negara Ini, Saya Juga Ada Hak Bersuara, Kata Lana Nordin

 


Kecoh di media sosial apabila pelakon berbakat, Lana Nordin ada membuat satu hantaran di media sosialnya menggesa agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham meletakkan jawatan susulan kes C0VID-19 yang dicatatkan semakin naik mendadak.


Susulan kritikan beraninya itu, Lana dikecam teruk oleh netizen yang menyuruhnya pulang ke negara suaminya di Amerika Syarikat. Tidak melatah dengan kecaman tersebut, Lana berkata dia berhak bersuara sebagai rakyat Malaysia.


“Apa hak mereka mahu suruh saya ‘beramb0s’ balik negara suami (Amerika Syarikat)? Saya rakyat Malaysia, dilahirkan di negara ini. Saya ada hak untuk bersuara”.


“Sekarang ini bukan saya seorang sahaja yang mengheentam beliau (Noor Hisham), ramai lagi rakyat Malaysia menyuarakan pendapat yang sama.


“Ramai yang heentam saya sebab lantang sehingga menyuruh saya untuk pulang ke AS. Kenapa saya kena ‘beramb0s’? Malaysia negara saya. Kalau balik ke sana sekali pun, saya tetap akan bersuara sebab saya rakyat negara ini,” katanya.



Dalam pada itu, Lana turut dikatakan tidak mengenang budi kerana mengkriitik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedangkan sebelum ini pernah berjasa menyelamatkan nyawa anak keduanya.


“Tentang anak saya sakiit dengan kelantangan saya bersuara tidak menjadi isu sebenarnya. Masa anak saya sakiit, dia bukan dirawat secara percuma di negara ini. Saya bayar kos perubatan anak saya.


“Saya tidak minta derma pun. Malah saya bayar setiap sen kos perubatan anak saya,” ujarnya.



Jelas Lana lagi, dia lantang bersuara kerana sudah lama bersabar dengan tindakan kerajaan ‘mengur0ng’ rakyat dalam tempoh yang lama, tetapi masih tiada perubahan.


“Sudah dua tahun rakyat dikur0ng. Saya sebagai rakyat marah sebab banyak benda terjejas termasuk ekonomi rakyat. Mahu tunggu berapa tahun lagi?” soalnya.


Tegas Lana lagi, dia tidak takut jika kelantangannya itu membuatkan karier lakonannya terjejas kerana dia percaya bahawa rezeki telah diatur oleh Allah.

 

SUMBER  KOSMO!

Post a Comment

0 Comments