Ticker

6/recent/ticker-posts

Umno tarik balik sokongan kepada PN, desak Muhyiddin berundur secara terhormat

 


Umno malam ini memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.



Justeru kata Ahmad Zahid, Umno mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad.


"Tempoh Perdana Menteri yang baru akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani C0vid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

"Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baru mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15. 



"Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Ahmad Zahid berkata, mesyuarat MT malam ini juga mempertegaskan pendirian untuk tidak menyokong sebarang usaha mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH)


Pendirian itu katanya, diambil sebagaimana yang telah diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

Sumber : Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments