Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelawak Terkenal Sebenarnya Merupakan Penghantar PeIacur Kepada Pelanggan?

 


Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan orang bagi tujuan eksploiitasi wanita, dalam serrbuan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.


Terbaru, memetik laporan Harian Metro, pelawak berusia 40-an itu dipercayai terbabit dengan khidmat tidak senonoh di hotel dengan bayaran melebihi RM1,000 bagi tempoh lapan jam.


Menurut sumber, siasatan polis mendapati artis lelaki terbabit berperanan sebagai ‘penghantar’ peIacur yang ditempah secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp.



Berdasarkan siasatan awal, artis lelaki terbabit mengambil peIacur itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum membawanya ke sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


“Soal siasat terhadap wanita ditahan itu mendakwa dia terbabit dalam kegiatan pelIacuran dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat memuaskan naafsu melalui pelbagai aplikasi media sosial.


“Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan peIIacur,” katanya.



Kata sumber lagi, pelawak lelaki itu mendakwa kekasih wanita berkenaan berperanan sebagai penghantar kepada pelanggan yang menanti di hotel.


“Tangkkapan dilakukan bukan secara kebetulan berikutan polis merancang rapi dan mengadakan operasi khas bagi membongkar aktiviti pemerdagangan manusia itu untuk tujuan ekspl0oitasi wanita.


“Hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai barang bukti antaranya telefon pintar, kondom dan wang disyaki hasil kegiatan jenaayah itu,” katanya.


Terdahulu, pelawak itu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploi0tasi wanita dalam sekatan jalan raya di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Susulan tangkapan itu, pihak polis berjaya menyelamatkan seorang wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

Penafian : Gambar sekadar hiasan

Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments