Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia mohon pengampunan diraja untuk Najib

 


Satu kumpulan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya memberikan pengampunan terhadap Najib Razak atas sabitan kes mhkamah sebelum ini dan yang sedang berjalan.


Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) memohon perkara itu supaya dia boleh menjadi perdana menteri sementara.


Pengerusinya Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz berkata Najib adalah salah seorang daripada Orang Besar Berempat Pahang.


“Ini peluang untuk selamatkan Malaysia,” katanya.



Katanya, selain dipercayai oleh Seri Paduka, Najib juga mempunyai pengalaman memimpin negara.


Najib juga, katanya, secara konsisten memberikan nasihat kepada kerajaan bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat.


Tindakan mereka itu tidak dimaklumkan kepada Najib terlebih dahulu, katanya,


Ketika dihubungi, jurucakap Najib berkata mereka tidak tahu-menahu berkaitan perkara itu.



Pada 7 Julai lalu, Najib didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, peecah amanah jnayah dan penguubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta daripada syarikat kerajaan SRC International Sdn Bhd.


Najib merayu terhadap sabitan itu di Mhkamah Persekutuan.


Najib juga berdepan perbicaraan lain melibatkan dana 1MDB Bhd, pertuduhan meminda laporan audit berkaitan 1MDB selain tuntutan cukai RM1.69 billion daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sumber : Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments