Ticker

6/recent/ticker-posts

Sekeluarga ‘Kantoi’ Sewa Ambulans Swasta Semata-mata Nak Rentas Negeri Untuk Balik Kampung

 


Seperti yang kita sedia maklum, negara kita masih lagi dalam fasa perintah kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan C0VID-19.


Sebarang aktiviti merentas daerah dan negeri masih lagi tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.


Baru-baru ini viral satu posting di media sosial yang memaparkan satu keluarga yang kantoi apabila cubaannya untuk merentas negeri dari Temerloh ke Gemas, Negeri Sembilan menggunakan taktik licik menyewa sebuah ambulan swasta telah dikesan oleh pihak berkuasa.



aktik menggunakan khidmat ambulans swasta bagi merentas negeri untuk pulang ke kampung gagal mengaburi pihak polis yang berjaya mengesan dan menahan empat individu dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu di sini semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu individu berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun turut membawa dua anak berumur 10 bulan dan enam tahun untuk pulang ke kampung mereka di Gemas Negeri Sembilan.

Difahamkan juga individu tersebut menyewa ambulans swasta berkenaan yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia di sini dengan dikenakan bayaran kira-kira RM1,300.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, empat individu iaitu dua penumpang wanita dan juga dua lelaki yang merupakan pemandu dan pembantu pemandu ditahan untuk siasatan lanjut.



“Kesemua mereka ditahan ketika pemeriksaan yang dilakukan oleh polis di SJR berhampiran Kampung Belenggu di sini yang mana mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan kerjasama kepada pihak polis,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Azhar kes disiiasat mengikut Sesyen 270 Kanun Kesekksaan dan Sesyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakiit Berjangkiit 1988.

Katanya, siiasatan masih giat dilakukan dan kertas siiasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.


Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan tidak bertanggungjawab keluarga tersebut.





Kredit Kosmo Online

Post a Comment

0 Comments