Ticker

6/recent/ticker-posts

Seorang lelaki dakwa kena cuIik dan dibogeIkan makhluk asing menyerupai reptilia

 


Seorang lelaki dari Bedfordshire, England mendakwa pernah dicuIik oleh sekumpulan makhluk asing yang menyerupai haiwan reptilia dan dibawa masuk ke dalam objek terbang tidak dikenali (UFO) sebelum dib0geIkan di atas katil, lapor akhbar Daily Star semalam.


Philip Kinsella mendakwa, dia telah berjumpa dengan makhluk asing pada tahun 1989 ketika terjaga pada tengah malam sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah UFO.


“Saya mendapati diri saya berada dalam satu suasana seperti bilik perubatan yang kelihatan suram dan amat panas. Saya juga sedang berb0geI.



“Apabila saya berpusing ke arah kanan, saya melihat tiga reptilia yang berada dalam keadaan berkabus dan tidak berkomunikasi antara satu sama lain,” katanya.


Tambah Kinsella, dia ketakutan apabila menyedari ada sesuatu yang telah ditampal pada bahagian bawah tubuhnya.


“Saya menjerit ketakuutan kerana saya mahu alat itu ditanggalkan dari badan saya,” katanya yang turut menyifatkan makhluk asing sebagai tidak berperikemanusiaan dan tiada sifat belas kasihan.


Kinsella kemudiannya didakwa diselamatkan oleh suatu ‘benda hidup’ yang kecil dan berwarna kelabu.



Ketika ia muncul, alat yang ditampal pada badannya secara tiba-tiba hilang dan talinya tertanggal sebelum ketiga-tiga reptilia tersebut hilang.


“Terdapat kesan fizikal pada tubuh saya keesokan harinya. Abang saya menjumpai tiga kesan berbentuk segi tiga pada belakang telinga kanan, tiga kesan pada lengan kanan dan pendaarahan pada lubang hidung kanan saya yang berhenti selepas dua tahun,” katanya. – Agensi via Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments