Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai, tegas Menteri Besar Kedah

 


Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai berikutan kawasan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.


Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya dimaklumkan banjir kilat yang berlaku hari ini disebabkan fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai.


"Sebagaimana sedia maklum, berlaku musibah banjir kilat petang tadi di kawasan persekitaran Hutan Simpan Gunung Jerai.



"Untuk makluman, tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan simpan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan," katanya dalam kenyataan.

Beliau tidak menolak fenomena kepala air yang besar boleh menyebabkan pokok tumbang dan dihanyutkan arus hingga ke sungai.



Dalam kejadian petang tadi, tiga kakitangan Jerai Hill Resort terselamat, manakala seorang lagi masih hilang selepas terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai.


Ia turut menyebabkan lebih 20 rumah penduduk rosak disebabkan banjir kilat di lima kampung sekitar kaki gunung.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments