Ticker

6/recent/ticker-posts

Hampir 4 Juta Data Rakyat Malaysia Dalam JPN Bocor, Dijual Pada Harga Serendah RM35,000

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah untuk tujuan hiasan semata-mata

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan hari ini berhubung kebocoran data peribadi awam yang didakwa berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Mat Din berkata, laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengarah JPN di Balai Polis Percint 7, Putrajaya pada 27 September lalu.


Beliau bagaimanapun tidak menafikan penglibatan orang dalam berhubung insiden pembocoran dan penjualan data tersebut seperti tular di media sosial akhir-akhir ini.


“Untuk makluman kita telah menerima satu laporan polis daripada JPN dan kita telah membuka kertas siasatan hari ini di bawah Sesyen 420 Kanun Keseeksaan, Sesyen 4(1) Akta Jnayah Komputer 1997 bagi menyiasat lanjut dan mengesahkan berlaku pengg0daman atau tidak.


“Kita akan siasat sistem JPN dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenalpasti di mana kebocoran data awam itu berlaku,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Jinjang hari ini.



Tambah Kamarudin, pada perkembangan berkaitan, pihaknya akan mendapatkan laporan pasukan bahagian Teknologi Maklumat JPN dan akan melakukan perbincangan untuk mencari punca kebocoran data dan akan diperhalusi dalam semua aspek.


Beliau akan mewujudkan pasukan sendiri untuk menyiasat jenayah siber berkenaan membabitkan data peribadi awam JPN dan akan mendapatkan kerjasama daripada semua puhak antaranya Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.


“Kita buat tindakan awal akan menyekat segera penjualan data peribadi daripada terus berlaku memandangkan ia adalah data kita semua untuk mengelak keadaan bertambah teruk.


“Pada masa yang sama, kerjasama NACSA sangat diperlukan untuk JSJK supaya sama-sama membantu untuk mencari jalan dan mengenalpasti sistem terbaik untuk memperketatkan lagi kawalan sistem pengkalan data supaya tidak mudah ditembus dan digodam.


“Justeru kita belum mengenalpasti suspek awal dalam kes ini dan siasatan akan mengambil sedikit masa lagi dan kita memulakan siasatan dan semua boleh menjadi suspek dan kita tidak boleh menafikan penglibatan orang dalam,” tegasnya.



Terdahulu, sebuah Forum Perbincangan Digital lowyat.net mengeluarkan maklumat kononnya pengkalan data JPN ketika ini tersenarai untuk dijual dalam forum pasaran pangkalan data terkemuka pada harga sekitar RM35,500 yang merangkumi empat juta data peribadi awam rakyat Malaysia yang lahir dari tahun 1979 hingga tahun 1998.


Malah penjual berkenaan mendakwa  ia mengandungi empat juta data pengguna awam yang diperoleh dari laman web LHDN menerusi Application Programming Interfaces (API) yang diwujudkan untuk sistem myIdentity.- MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments