Ticker

6/recent/ticker-posts

Janna Nick kecil hati sebab komen melampau netizen, bengang diejek sakit mentaI

 




Kata Janna, 26, meskipun bergelar seorang selebriti dan sering mendapat perhatian umum, dia juga sama seperti manusia biasa yang punya hati dan perasaan.


"Kenyataan sekarang ni, jadi artis saja tak boleh cakap benda yang salah, jadi netizen semua benda boleh cakap, semua benda boleh ulas... kita ni tak payah ada perasaan.


"Kadang-kadang tak faham macam mana boleh ada manusia pergi ke akaun orang, gigih komen benda-benda teruk nak menyakitkan hati orang lain.


"Saya ni pun pengguna sosial media juga tapi tak ada la sampai pergi akaun orang rasa nak komen dan kritik.


"Tak suka abaikan sahaja... bukan untuk netizen saja, semua oranglah! Tolonglah ada sikit sifat kemanusiaan dalam diri korang," katanya menerusi Instastory.


Dalam perkongsiannya itu, pelakon drama MeIastik Ke Hatimu ini turut memuat naik paparan skrin komen seorang netizen yang menyindir dirinya sebagai seorang pesakiit mentaI.


"Janna Nick orang sakiit mentaI... buuu," tulis seorang pengguna Instagram.


Dalam hal ini, Janna berkata ganggguan mentaI bukan hal yang boleh dijadikan bahan gurauan atau ejekan.


"Sebab tu aku beritahu masyarakat dulu aku ni ada bip0Iar, bukan sebab nak perhatian korang tapi sebab nak beritahu... orang yang nampak happy dan gelak-gelak pun boleh ada mentaI iIIness.


"Bukan yang pakai baju compang camping saja mentaI dan mental iIlness tak semestinya giIa," ujarnya.


Enggan membiarkan kecaman itu terus mengganggu emosinya, Janna memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan netizen.


"Saya akan buat apa yang boleh buat saya gembira... hidup saya lagi penting dari komen-komen negatif korang tu!


"Post saja apa yang korang nak post, abaikan negatif komen," katanya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments