Ticker

6/recent/ticker-posts

Pekerja warga Pekerja asing boleh masuk Malaysia, tapi...asing boleh masuk Malaysia, tapi...

 


Rakyat India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh dan Nepal kini sudah boleh memasuki Malaysia untuk bekerja, namun perlu mengikuti syarat ditetapkan Jabatan Imigresen.


Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata, walaupun Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan kemasukan semula pengembara dari lima negara berkenaan, namun warga asing terbabit harus mematuhi syarat yang terkandung dalam MyTravelPass sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.



"(Kemasukan pengembara) ini masih tertakluk kepada syarat-syarat di dalam MyTravelPass, individu ini boleh masuk bekerja di Malaysia asalkan mengikut semua syarat yang ditetapkan," katanya tadi.


Sebelum ini, media melaporkan keputusan penamatan sekatan tambahan ke atas kemasukan pengembara dari lima negara itu dilaksanakan serta merta.


Pemakluman berkenaan terkandung dalam surat oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia bertarikh 20 September lalu.



Menerusi surat berkenaan, Khairul Dzaimee berkata kemasukan warganegara terbabit hendaklah dibuat secara teliti dengan mensasarkan kategori Penduduk Tetap Malaysia, pemegang pas jangka panjang, pelawat perniagaan dan pelabur.


Tambahnya, pelawat asing yang dibenarkan masuk hendaklah mematuhi syarat keperluan vaksin lengkap, prosedur ujian saringan ketika ketibaan dan kuarantin di Malaysia seperti ditetapkan.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments