Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya bukan nak jadi hero ataupun ada hasad dengki, kata Firdaus Wong

 



Namun beliau menegaskan, tidak timbul soal iri hati atau dendam, sebaliknya MRM mahu mematangkan masyarakat agar melihat satu-satu perkara secara rasional, sekali gus memastikan kebenaran dapat diadili dan agama Islam dapat dipelihara dari persepsi negatif.



“Tiada niat menjadi hero pun, sebab hero sebenar adalah masyarakat, hero sebenar adalah sistem perundangan, heronya adalah pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan.

“Kalau kami mahu membaIas dendam atau berhasad dngki, kita wajar gunakan akal yang sihat. Kenapa kami begitu bodoh menggunakan akaun Facebook dan Telegram saya sendiri untuk kongsi maklumat? Buat akaun palsu misalnya di Twitter, kongsikan semua benda dan bukti, dan malukan saja.


“Tapi kenapa kami terpaksa menjalani satu proses yang mengakibatkan kami dideera secara mental, difiitnah, dikeeji dan sebagainya, sampai ke tahap itu.


“Kalaulah seperti yang orang kata, kami deengki, kami mahu baIas dndam dan sebagainya, kenapa kami tak gunakan saja cara yang telah dilakukan oleh ahli politik, iaitu sebarkan khabar angin? Buat surat layang? Kenapa mahu lalui proses menyakitkan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia kelmarin.


Sejak isu itu berlegar, jelasnya, MRM memikirkan kesannya terhadap imej dan reputasi agama Islam, serta kemungkinan pihak yang memusuhi Islam akan menggunakan isu tersebut untuk melakukan sebarang penghiinaan terhadap agama.



Justeru, katanya, sepanjang siasatan polis berhubung kes tersebut, MRM konsisten melakukan program dan aktiviti kesedaran, bertujuan mematangkan masyarakat agar lebih objektif dan rasional dalam menilai perkara tersebut.


“Bila kes ini sampai, kami fikirkan tentang imej dan reputasi agama Islam. Bagaimana imej agama kita. Bagaimana kita mahu jaga imej agama kita daripada dirosakkan? Bagaimana kita mahu jaga agama kita daripada dihina oleh orang lain bila kes ini bocor, bila nama mula dipanggil?


“Sebab itu, sehingga pihak polis memanggil individu tersebut tempoh hari, kami tak pernah sebut nama dia pun. Sebab waktu itu adalah proses untuk kami mematangkan masyarakat, memberikan kesedaran kepada masyarakat.


“Dan sebab itu kalau perasan, di pihak unit kajian dalaman kami, mereka masih tak tahu kes itu (pada awal ia bocor) sebab kes ini terlalu berat untuk mereka uruskan,” katanya.

Sumber :  MINGGUAN MALAYSIA

Post a Comment

0 Comments