Ticker

6/recent/ticker-posts

Iqbal terkilan Michael Ang tergamak samakan suaranya dengan 'pondan pencen'

 



Selepas reda kontroversi kononnya ingin berkahwin dengan DSV dan dikatakan sudah tidak kesampaian kerana halangan dari anak-anak Vida. Iqbal kini mengorak langkah baru dengan ingin muncul sebagai seorang penyanyi.


Single lagu pertamanya yang berjudul hujan dijangka akan menemui peminat pada awal november nanti. Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal sempat memuat naik IG Live DSV bersama pengarah, Michael Ang.


Menerusi laporan dari portal rotikaya, Michael dikatakan seakan  ‘mengutuk’ dirinya dimana pengarah itu mengatakan suara Iqbal seperti ‘pondan pencen’. Tidak mudah melatah dengan kata-kata pengarah itu, Iqbal berkata nantikan sahaja lagunya yang bakal keluar esok.


Iqbal turut memberi respon terhadap komen yang ditinggalkan Michael Ang meminta untuk tidak menjadikannya untuk marketing sampahnya.


Iqbal berkata dia tidak pernah menaggungu mana-mana pihak apatah lagi menggunakan nama pengarah itu untuk marketing sampah seperti yang didakwa.


Malah, Iqbal berkata dia menghormati Michael sebagai orang lama dalam industri. Namun, apabila dia dikatakan ada saakit jiwa itu adalah perkara itu baik.


Terdahulu, Iqbal memaklumkan lagu berjudul Hujan akan dilancarkan esok. Menurut Iqbal lagi tersebut berkisahkan mengenai perjalanan hidupnya.

Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments