Header Ads

Breaking

Thursday, November 4, 2021

Dikecam netizen kerana menari terkinja-kinja, ini jawapan Ain Edruce

 


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan selebriti terkenal, Ain Edruce menari di tiktok. Dalam video tarian itu juga dapat dilihat reaksi dari suaminya, Amirul Hafiz yang menggelengkan kepala melihat aksi isterinya itu.


Menerusi perkongsian dari OhBulan! , Ain berkata dia tidak melatah dengan komen pedas dari netizen.


Saya tak tahu nak komen apa sebab biasalah netizen ada saja benda nak complain. Saya tak boleh nak cakap apa. Yang pasal terkinja-kinja tu, nama pun TikTok. TikTok kan tempat kita untuk menari-nari.


Jadi, saya rasa tak salah pun kalau saya terkinja-kinja. Kalau tak nak terkinja-kinja, pergi tempat lain.


Ain juga menyatakan itu adalah respon suaminya apabila diajak untuk sama-sama membuat content.



Katanya lagi, Amirul tidak pernah menyemak atau menghalang kerana setakat ini semua hantaran yang dikongsikannya tidak keterlaluan.


Sebenarnya Amirul geleng kepala sebab saya ajak dia menari sekali.  Amirul tak check pun kalau saya nak kongsi sesuatu di media sosial. Kadang-kadang saya yang tanya dia okey ke tak.


Setakat ini, Amirul tak pernah halang saya sebab apa yang saya post tak menaikkan darah dia atau buat dia tak bersetuju. Saya selalu kongsi hantaran yang okey saja, jadi Amirul tak kisah.


Sebelum ini, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak senang melihat kelakuan Ain yang didakwa tidak menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.


Sekadar info, Ain dan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa berkahwin pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei lalu di pusat perubatan swasta.


Sumber: Instagram @ainedruce

Artikel dari OhBulan!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.