Ticker

6/recent/ticker-posts

Maya Karin akui sedang mengenal hati budi beberapa lelaki tempatan termasuk seorang menetap di Australia

 


Pelakon Maya Karin mendedahkan sedang berkawan dengan beberapa lelaki tempatan termasuk seorang menetap di Australia.


Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka.


"Saya ada beberapa calon dan sedang berkawan. Ada seorang berasal dari Australia dan kerap menghubungi saya menerusi aplikasi Facetime.


"Hanya lelaki Australia itu sahaja menetap di luar negara, manakala selebihnya orang Malaysia," katanya.



Menurut Maya yang kini sibuk menjalani latihan bagi pementasan teater muzikal Putri Santubong - The Warrior Princess, fokusnya masih kepada kerjaya seni.

"Sekarang saya sedang sibuk dengan pementasan teater muzikal. Banyak benda yang perlu saya fokus seperti sesi latihan dan mendalami skrip.


"Justeru, buat masa ini, keutamaan saya adalah kerja," katanya. 


Maya berkongsi perkara itu pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, menerusi topik Aku Pelakon Terbaik.


IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.



Sesi itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.


Terdahulu Maya pernah berkahwin dengan guru, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah pada 2008, namun, perkahwinan hanya bertahan selama dua tahun.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments