Ticker

6/recent/ticker-posts

Pos Malaysia rugi RM40.5 juta tahun ini

 


Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai RM40.5 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021, lebih kecil berbanding kerugian RM119.4 juta yang dicatatkan pada suku terdahulu.


Prestasi itu khususnya disumbangkan oleh pelaksanaan berkesan pelan pemulihannya, termasuk pengurus kos yang ketat.


Pendapatan bagi suku dikaji bagaimanapun susut sebanyak 13.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada RM536.3 juta, terutama disebabkan oleh mel domestik dan antarabangsa yang perlahan.


Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021, kumpulan merekodkan kerugian sebelum cukai RM206 juta, dengan pendapatan diraih sebanyak RM1.66 bilion.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer, berkata di sebalik cabaran C0VID-19 yang berterusan, kumpulan sudah melihat beberapa isyarat bahawa pelan pemulihan mula membuahkan hasil.


"Kami sedang menggandakan usaha untuk memulihkan perniagaan, menangani jurang perkhidmatan 'asas' dan mentransformasi perniagaan untuk meletakkan Pos Malaysia sebagai penyedia pilihan bungkusan e-dagang, sambil menguruskan perbelanjaan, aliran tunai dan kecairan dengan berhati-hati .



"Pasukan Pos Malaysia berusaha keras untuk memastikan rakyat Malaysia terhubung sepanjang pandemik dan saya mahu berterima kasih kepada lebih 20,000 pekerja kami di atas usaha berterusan serta tanpa mengenal lelah mereka.


"Menuju ke hadapan, ketika Malaysia mula dibuka semula dan persekitaran dalam talian terus berkembang, kami akan melakukan sedaya upaya untuk mengekalkan rakyat Malaysia sentiasa terhubung, membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk kembali pulih dan terus membawakan senyuman sehingga akhirnya," kata Brewer menerusi satu kenyataan.

Post a Comment

0 Comments