Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Kan Penyanyi Dangdut, Memanglah Akan Joget Ikut Lagu, Kata Baby Shima

 


Baby Shima meluahkan rasa hairan mengapa netizen seringkali mencari kesalahan dirinya. Ini ekoran dari kecam yang berterusan dari netizen kerana menganggapnya mencipta kontroversi kerana mahu meraih perhatian.


Tambah penyanyi ini lagi, dia tidak pernah mengganggu sesiapa dan tidak tahu apa salahnya di mata netizen sehingga sering dikecam dan dihina.


“Susah nak tutup mulut orang walaupun kita buat benda yang baik kerana di mata mereka, kita tetap salah. Satu kebaikan yang kita buat, mereka tak akan ingat. Kalau buat silap, orang akan ingat sampai bila-bila.


“Itulah netizen. Bukan saya saja. Contoh artis lain, Neelofa, dia bertutup litup pun tetap orang nak kecam. Berpurdah pun orang kecam-kecam dia. Saya tengok, mulut orang ini memang kita tak boleh tutup,” katanya.



Mengulas mengenai kontroversi gambar tular bermesra dengan seorang lelaki di kelab malam, Shima berkata ia bukanlah gimik untuk menarik penonton ke video muzik lagu terbarunya, Lalai.


“Gimik? Tak akanlah saya nak buat sesuatu yang memalukan diri sendiri. Saya ada banyak pembenci di media sosial. Saya pun tak tahu ada orang yang mengambil gambar saya secara sembunyi-sembunyi di set tersebut.


“Nak menampakkan saya ini berkelakuan buruk. Saya akui, hal seperti ini membuatkan diri rasa lebih tertekan sehingakan terpaksa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan kesihatan.


“Saya sampai sakiit kepala yang teramat sangat, sesuatu yang belum pernah saya alami. Doktor ada berikan ubat penenang dan minta saya berehat, tenangkan fikiran sebab boleh mengundang bahaaya,”katanya.



Dalam pada itu, ditanya adakah dia sedar banyak komen daripada netizen yang tidak suka aksinya menari gelek di media sosial, Shima berkata dia menari ikut kesesuaian lagu.


“Saya ini, penyanyi dangdut. Memanglah kalau beraksi di media sosial atau di hadapan kamera saya joget yang bersesuaian ikut lagu begitu. Tak akanlah saya nak berdiri tegak sahaja? Bukannya lagu Negaraku…


“Entahlah, kita buat apa sahaja pun tetap tak kena di mata netizen ini. Ada sahaja yang tak suka. Walhal, sudah nama pun akaun saya, suka hatilah saya nak muat naik perkongsian apa pun,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments