Ticker

6/recent/ticker-posts

'Bahana' 'wajah kacak persis Lee Jong Suk, penjual bakso akui tak menang tangan layan pelanggan

 


Dek kerana ketampanan wajah penjual bakso yang dikatakan mirip seperti artis Korea Selatan, warga maya dilamun ‘cinta’ akibat terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan itu.


Lapor Detik.com, penjual bakso berasal dari Bandung itu memiliki raut wajah yang putih dengan tangan berurat.


Dia dikatakan persis pelakon Korea Selatan, Lee Jong Suk.



Menerusi Instagram @kulinerbandung, warung lelaki itu bernama ‘Mi Baso Kampung Abah’ yang terletak di Batununggal.


Difahamkan, bakso yang dijual itu juga mempunyai rasa yang sedap dan berbaloi dengan harga yang diletakkan.


Disebabkan gambar yang dimuat naik itu, ramai pengguna media sosial yang mahu ke Bandung demi mencuba keenakan bakso yang disediakan oleh lelaki tersebut.



Malah, ada yang tidak kisah jika tidak dapat bakso yang dipesan, janji diberikan semangkuk cinta oleh penjual.


Sumber : Utusan Online

Post a Comment

0 Comments