Ticker

6/recent/ticker-posts

Perjuangan Dan Penantian Selama 11 Tahun Berhasil, Kanser Saya Akhirnya Hilang!, Kata Elyana

 


Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi terkenal Elyana telah mengidap penyakit kanser Iimfoma, sudah acapkali penyanyi itu berkongsikan moment dia keluar masuk hospital di instagramnya.


Merupakan seorang wanita cekal yang tidak pernah kenal erti kalah, penyanyi ini yang nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal hari ini berkongsikan berita gembiranya itu bersama peminatnya di laman sosial mengatakan kanser Iimfoma yang dihidapinya sejak sekian lama itu akhirnya sudah hilang.


Perjuangan dan kecekalannya selama lebih kurang 11 tahun akhirnya membuahkan hasil.


Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.

Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua..

Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!


Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami..

Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya .

Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat..

I love u Ya Allah…🤍

Posting tersebut  menerima lebih 27 ribu tanda suka dan lebih 4000 komen.





Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya penyakit yang sekian lama dihidapi penyanyi kesayangan ramai itu akhirnya sembuh.


Sumber : instagram Elyana

Post a Comment

0 Comments