Ticker

6/recent/ticker-posts

Polis Kedah perketat sempadan Malaysia-Thailand, elak Long Tiger terlepas ke seberang

 


Dalam usaha mengekang lelaki dikenali sebagai 'Long Tiger' lolos ke Thailand, Polis Kedah mengetatkan kawalan ketat di sempadan Malaysia-Thailand dengan menutup laluan sempadan negara.


Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, setakat ini semua anggotanya sudah dikerah untuk mengesan dan membuuru Long Tiger yang berjaya meloloskan diri dari lokap Mhkamah Majistret Tangkak, Johor, Rabu lalu.


Katanya, sekatan jalan raya (SJR) turut diletakkan di Bukit Kayu Hitam dan Kota Putra di Durian Burung untuk melakukan pemeriksaan terhadap semua kenderaan dan individu yang hendak ke sempadan.

"Selain itu, kita turut menubuhkan pasukan khas (Task Force) untuk membantu polis Kontinjen Johor mengesan Long Tiger.

"Pasukan terbabit di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri akan melakukan risikan sekiranya terdapat pergerakan Long Tiger di sempadan Malaysia-Thailand," katanya.



Terdahulu, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid menghadiri prosiding di Mhkamah Majistret Tangkak bagi perbicaraan kes berkait Sesyen 388 Kanun Kesekksaan, sebelum terlepas daripada taahanan kira-kira 11.55 pagi.


Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohd Fadhil Minhat dilaporkan berkata, Long Tiger yang masih mempunyai status perbicaraan di Mhkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan r0g0I di bawah Sesyen 376 Kanun Kesekksaan, kini disiasat mengikut Sesyen 224 Kanun Kesekksaan kerana lari daripada tahaanan.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments