Ticker

6/recent/ticker-posts

Ayda Jebat Belum Sedia Bawa Bayi Jumpa Keluarga Dan Kawan

 


Ayda Jebat memohon maaf andainya dia dan suami terpaksa bersikap keterlaluan kerana masih belum bersedia bertemu dengan ahli keluarga sendiri dan rakan-rakan berikutan keadaan semasa pandemiik ketika ini.


Apatah lagi dengan penemuan varian baharu Omicr0n selain peningkatan kes daripada mereka yang pulang dari luar negara turut menambahkan kerisauan mereka.


Kata Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 30, hatinya memang rindu untuk bertemu insan tersayang dan teman rapat, namun keselamatan dan kesihatan adalah lebih utama ketika ini.



“Minta maaf kepada keluarga dan kawan-kawan kalau rasa saya dan suami keterlaluan tentang hal ini.


“Bukan tak nak jumpa. Hati memang dah rindu. Nak gelak ketawa bersama-sama. Nak bagi jumpa bayi kami tapi tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda kami utamakan,” tulisnya dalam satu hantaran InstaStory.


Dalam hantaran yang dikongsi penyanyi lagu Parah Parah itu, dia memuat naik sebuah video sedutan sidang akhbar yang dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu.


Menerusi video tersebut, Khairy memaklumkan bahawa penularan C0vid-19 berlaku disebabkan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sewaktu melakukan kuarantin di rumah bagi mereka yang pulang dari mengerjakan umrah.



Disebabkan itu kata Ayda, dia dan suami masih belum bersedia untuk bertemu dengan orang lain buat masa ini memandangkan kes harian C0vid-19 masih tinggi.


“Kami masih belum bersedia. Insya-Allah, satu hari nanti. Terima kasih kepada yang faham. Kami sayang kalian sangat dan rindu semua. Termasuk AJSCREAMER (kelab peminatnya). #StaySafeAll,” tulisnya lagi.


Sekadar info, Ayda baru sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu.


Pasangan yang berkahwin pada 1 Januari tahun lalu itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September lalu. 


Sumber: Kosmo

Post a Comment

0 Comments