Ticker

6/recent/ticker-posts

Gelagat Long Tiger Junior bergelak sakan kira duit berjaya dirakam seorang netizen

 


Baru-baru ini viral sekeping video di media sosial yang dikongsikan oleh netizen memaparkan kanak-kanak yang dipercayai warga R0hingya yang menunjukkan aksi kurang ajar ketika sedang meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat.


Kejadian itu dikatakan telah berlaku di Cheras.pengemis cilik itu kelihatan meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat di bandar raya ini termasuk di Jalan Sultan Ismail dengan mendekati kenderaan pengguna jalan.

Ketika ada pemandu yang merakam perbuatan mereka, terdapat kanak-kanak itu yang dilihat berang, malah mengetuk pintu kenderaan terbabit dan menunjukkan isyarat jari tanda marah.



Rakaman yang tular itu memperlihatkan situasi berbeza dialami orang berlainan namun masih membabitkan kelompok pengemis kanak-kanak itu.

Kemudian ada seorang netizen pula telah memuat naik satu video dimana dia berjaya merakamkan aksi kanak-kanak viral tersebut yang ketika itu sedang leka mengira duit yang diperolehi hari tersebut.


Video yang telah dimuat naik di Tiktok oleh pengguna yang dikenali sebagai @arshad.khan memaparkan budak lelaki berkenaan dan seorang laki kanak-kanak perempuan sedang duduk di laluan pejalan kaki.


Apa yang mengejutkan, gelagat mereka yang asyik mengira hasil sedekah sambil bergembira sakan tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut.





Aksi dan gelagat kanak-kanak tersebut telah menarik perhatian netizen, ada yang meluahkan rasa simpati namun ada pula netizen yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana bimbang jika berlaku apa-apa yang tidak diingini dan juga jika dibiarkan nanti boleh membahaayakan kanak-kanak tersebut yang dilihat meminta sedekah di jalan raya yang sibuk.


Kredit : tiktok @arshad.kan

Post a Comment

0 Comments