Ticker

6/recent/ticker-posts

Penganjur dituduh tidak amanah, pemuda menang Ford Mustang tampil buat penjelasan yang mengejutkan

 


Peribahasa ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ memang tepat untuk menggambarkan untung seorang pemuda yang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kereta sport jenis Ford Mustang Ecoboost model 2016 berharga antara RM250,000 sehingga RM270,000.


Muhammad Amerrul Hakimi Mohd. Suhaili, 24, yang di­umumkan pemenang acara itu sempena satu pertandingan memancing di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah, baru-baru ini tidak menyangka nombor 1070 yang diumumkan di atas pentas adalah bagi hadiah kereta berwarna kuning tersebut.


Kongsinya, meskipun tidak terlampau berharap untuk memandu pulang kereta idaman ramai itu, dia sebenarnya ada terdetik untuk memberikan Ford Mustang itu kepada bapa­nya, Mohd. Suhaili Ramli sekiranya menang sebagai hadiah hari lahir pada 28 Disember lalu.


“Pertama sekali saya nak ucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana sempena permulaan tahun baharu, saya telah memenangi cabutan bertuah kereta Mustang yang dianjurkan oleh Kolam Pancing Bukit Merah Laketown.



“Pada asalnya, niat saya nak ke sana memang saja-saja. Tak berharap sangat untuk menang tapi ada lah niat juga kalau dapat kereta itu, nak bagi ayah sempena hari lahir dia pada 28 Disember baru-baru ini,” kata­nya di sini semalam.


Menceritakan semula bagai­mana perjalanan mereka pergi ke sana, Muhammad Amerrul berkata, dia bersama bapa dan abangnya, Muhammad Ridh­wan menaiki bas dari Plaza Tol Bukit Gambir, Tangkak setelah terdapat tiga kekoso­ngan tempat duduk.

Setelah membeli tiket untuk ke tempat memancing berkenaan pada tarikh yang sama dengan hari lahir bapanya, dia mendaftar nama mereka bertiga di bawah kelab Team Lanun Johor.


“Bapa saudara saya turut serta ke tempat memancing itu tetapi dia naik dari Plaza Tol Sungai Buloh. Sebaik sampai di sana, kami daftar masuk kupon atas empat nama kami berempat.


“Semasa di bawah pentas, saya duduk bawah pokok. Masa umum nombor cabutan itu, saya dah perasan nombor saya. Tapi sebab nak kepastian, saya tunggu telefon berbunyi sambil berlari naik pentas.


“Tak sangka bila sudah ada di atas pentas, baru tahu rupanya saya menang Mustang. Ingatkan nombor ke-15 dicabut dahulu. Memang bersyukur sangat-sa­ngat sebab dapat menang kereta. Memang tak sangka dan tak berharap sangat pun. Tapi dah rezeki, syukur,” katanya.



Muhammad Amerrul berkata, kereta tersebut kini sudah dise­rahkan kepada bapanya untuk digunakan dan sama ada mahu menjual semula atau tidak, dia menyerahkan kepada bapa untuk membuat keputusan kerana sudah dijadikan sebagai hadiah.


Sementara itu, berhubung komen warganet yang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap kemenangannya, Muhammad Amerrul berkata, dia telah memaafkan mereka yang mungkin tanpa sedar telah memfitnahnya di samping turut memohon maaf sekiranya kemenangannya itu tidak disenangi ramai.


“Kepada yang kata saya ada kroni, pakai kabel, orang dalam apa semua itu, boleh tengok semula di Facebook Joran Bukit Merah Laketown kerana di situ ada siaran langsung dan tunjuk macam mana telusnya cara mereka buat cabutan bersaksikan orang ramai di sekeliling,” jelasnya. 

Sumber : Utusan Malaysia

Post a Comment

0 Comments