Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiada keperluan henti pembalakan di Kelantan, kata Datuk Mohd Amar

 


Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menghentikan pembalakan di negeri ini memandangkan kegiatan itu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang termaktub dalam Akta Perhutanan Negara 1984.


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pembalakan di Kelantan bukan penyebab utama kejadian banjir, malah kegiatan itu merupakan penyumbang kepada hasil negara selain ia dipantau oleh pihak berwajib.


“Kita ada kuota penebangan balak yang ditetapkan dan tidak dilakukan dengan sewenangnya-wenangnya. Sekiranya had kawasan untuk menebang balak ditetapkan seluas 3,000 hektar, kegiatan pembalakan tidak akan melebihi kawasan itu.


“Jika melebihi keluasan yang ditetapkan, ia boleh dikenakan tindakan oleh Majlis Perhutanan Negara. Kegiatan ini bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan undang-undang mengenai pembalakan telah dikuatkuasakan pihak yang berautoriti,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Menteri Besar di Dewan Utama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.


Mohd. Amar berkata, kawasan yang telah diluluskan untuk pembalakan tidak terus diteroka kerana ia memerlukan teknik penebangan sekali gus tidak menjejaskan pokok, ekosistem flora dan fauna di sekelilingnya.



Ujarnya, jika tidak mengikut SOP yang ditetapkan, tindakan kompaun dan kegiatan pembalakan akan dihentikan serta- merta.


“Tidak dinafikan ada kes pembalakan haram di kawasan setempat. Perkara itu yang menjadi masalah, namun bukan di Kelantan sahaja, malah ia turut dihadapi di seluruh negara.

Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments