Ticker

6/recent/ticker-posts

Demi Allah saya langsung tidak ada keluarkan apa-apa vaksin sebelum suntik anak KJ, kata Jururawat

 


Jururawat yang menyuntik vaksln C0vid-19 kepada anak bongsu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, tampil menangkis dakwaan warga net beliau membuang cecair vaksln Comlrnaty untuk kanak-kanak itu sebelum menyuntiknya.


Sebaliknya jururawat yang melaksanakan proses berkenaan sudah melakukannya mengikut prosedur dan protokol ditetapkan.


Melalui klip video yang dimuatnaik di laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM) itu pagi hari ini, jururawat berkenaan berkata, proses suntikan terhadap anak bongsu Khairy adalah sama saja dengan yang dibuat terhadap kanak-kanak lain yang menerima suntikan vaksln C0vid-19.


Beliau berkata, sebelum suntikan dibuat, beliau terlebih dahulu menunjukkan cara mengeluarkan cecair vaksln dari bebuli termasuk isi padu yang diperlukan kepada Khairy dan isterinya, Nori Abdullah.


Katanya, apabila berdepan dengan kanak-kanak, beliau tahu kebimbangan mereka terhadap jarum, menyebabkan beliau perlu berinteraksi dengannya untuk mengurangkan kerisauan itu.



"Ia seperti situasi menang menang iaitu saya boleh suntik dia dengan baik dan dia juga tidak takut dengan saya.


"Demi Allah saya tidak ada langsung keluarkan apa-apa (cecair) vaksln, yang tidak masuk ke dalam badan kanak-kanak itu," katanya.


Wanita itu berkata, berikutan kanak-kanak terbabit berada dekat dengannya, beliau memegang bahu untuk mengelakkan kanak-kanak itu lari atau bergerak.


Katanya, beliau cuba mengelakkan kanak-kanak itu daripada ternampak jarum yang digunakan untuk menyuntik vaksln berkenaan.


Selain itu, beliau berkata, cecair vaksln dalam picagari juga tidak boleh menitis keluar tanpa beliau menolak omboh padanya dan ia perlu dilakukan dengan dua tangan.


Beliau berkata, prosedur untuk menyuntik vaksln juga memerlukannya menarik sedikit udara sebaik saja jarum ditusuk ke tubuh badan untuk memastikan ia tidak terkena saluran darah, sebelum vaksln disuntik masuk.


"Selepas beri suntikan, saya tunjukkan kepada ibu bapa bahawa ini adalah vaksln yang sudah masuk dan saya asingkan ke tepi sebelum menampal plaster kepada lengan kanak-kanak itu," katanya.



Pada masa sama, jururawat berkenaan meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian berhubung perkara itu selain menghentikan sebarang tuduhan melulu kerana ia membabitkan kehidupan orang lain.


Beliau berkata, jika ia berlaku kepada mereka sudah tentu mereka akan merasa tidak selesa, geram dan sakit hati berdepan dengan tuduhan sedemikian.


"Saya hanya menjalankan tanggungjawab untuk memastikan ia berjalan dengan selancar boleh supaya saya dapat memberi keselesaan kepada kanak-kanak terbabit dan setiap kanak-kanak yang disuntik, saya cuba berikan yang terbaik untuk memastikan proses itu lancar dan tidak menimbulkan trauma kepada mereka.


"Jadi tolonglah siasat terlebih dahulu sebelum nak menghukum, nak kata saya kena menjawab. Saya rasa saya sudah menjalankan tugas dengan menerangkan kepada ibu bapa," katanya.


Sebelum ini timbul pelbagai tuduhan dan spekulasi bahawa jururawat yang melaksanakan vakslnasi terhadap anak bongsu Khairi itu membuang cecair vaksln terlebih dahulu sebelum melakukan suntikan pelalian.


Rata-rata pengguna media sosial dilihat menghamburkan tuduhan berkenaan dalam ruangan komen pada video yang dimuat naik melalui media sosial termasuk akaun Facebook KKM.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments