Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemberani dicari, lelaki nak jual Yamaha 125zr pada harga RM95K, juga terima swap 4X4 atau Honda Civic FC

 


Hobi sebenarnya sesuatu yang boleh menjana wang ringgit dan jika kena gaya hobi boleh dijadikan kerjaya. 

Bagi para collector, mereka sanggup pecah tabung semata-mata untuk mendapatkan koleksi limited edition kerana mereka yakin dan tahu harga item tersebut bakal melonjak dengan harga yahudi selepas beberapa tahun diperam.


Mungkin itulah yang menjadi pegangan seorang pengguna FB menggunakan nama Zack Bangi yang telah mengiklankan sebiji Yamaha 125zr Limited Edition. 

Menjual motosikal adalah perkara biasa namun yang menjadikan ianya viral adalah harga yang ditawarkan itu sangat memecahkan kepala otak, motosikal kesayangannya itu ingin di let go pada tanda harga RM95,000. Ia, RM95K bukan RM9.5k!


Berikut adalah posting beliau yang menjadi viral dan bualan hangat dikalangan peminat motosikal.

MENCARI PEMBERANI ❗️

125zr movistar limited edition nk dijual….. hargo buko RM95K 🏍…. siapa beli dia king dlm malaysia ni semua org hormat demo….bare ado 5000 unit shj kat tanoh air kito 🇲🇾…


swap dgn pacuan 4 roda shj… honda fc buleh try comment …. demo plus 30k… kereta lain taksey terima… perodua dgn proton x terimo x menepati taste ambo…


#bareKawePitihDemo

#simpanTakRugiJualTakKayo


Ramai mereka yang tidak tahu keistimewaan motosikal itu yang dijual harga mengalahkan superbike. Namun menurut penjual tersebut, motosikal model edisi terhad ini cuma ditawarkan sebanyak 5,000 unit sahaja di dunia ini sekaligus menjadikan sesiapa yang memiliki motosikal ini adalah seorang yang rare.


Kepada mereka yang berminat untuk memiliki motosikal istimewa ini, penjual juga dikatakan sudi menerima pertukaran suka sama suka dengan kereta pacuan roda atau Honda Civic FC di mana penjual sedia menambah sebanyak RM30,000.


Pihak penjual turut memaklumkan sebarang kereta lain khususnya daripada Proton atau Perodua tidak akan dilayan kerana tidak menepati taste.



Posting ini telah menerima 1.1k tanda suka, 659 komen dan mendapat lebih 120 perkongsian setakat artikel ini ditulis.


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan kenapa motosikal ini dijual pada harga pergi haji balik hari.Ada yang tahu motosikal ini edisi terhad tetapi tidak pernah twerlintas difikiran mereka harganya yang sungguh memeningkan kepala.




Untuk rekod, motosikal Yamaha 125zr telah dilancarkan pada tahun 1998 dan motosikal ini menjadi kegilaan para peminat motor khususnya mereka yang menggilai motosikal enjin dua lejang.


Sumber : FB Zack Bangi

Post a Comment

0 Comments