Ticker

6/recent/ticker-posts

Seekor ikan todak dihadapkan ke muka pengadilan kerana menyebabkan kematian seorang nelayan

 


Satu kes dilaporkan telah difailkan ke atas seekor ikan di balai polis Parawada di bandar Visakhapatnam, India kerana menyrang seorang nelayan sehingga menyebabkan kematlan, lapor laman berita Wion News pada 8 Februari 2022.


Kejadian tersebut berlaku ketika enam nelayan dari pantai Muthyalamma Palem termasuk mngsa, N. Joganna, 40, sedang memancing di kawasan Parawada, pada Rabu, minggu lalu.



Polis dimaklumkan mengenai inslden tersebut oleh lima nelayan lain yang menemani Joganna ketika memancing.


Ketika Joganna turun ke dalam air, dia telah disrang oleh seekor ikan spesies Marlin Hitam. Muncung berduri seperti pdang daripada ikan tersebut telah tertus0k pada tuIang rusuknya.


Joganna mula berdaarah dengan banyak sebelum meninggaI dunia ketika dikejarkan ke hospital berdekatan.

 


Polis telah memfailkan kes terhadap ikan tersebut di bawah sesyen 174 dan menjalankan slasatan mengikut prosedur dan bahagian kanun kesekksaan India.


Seorang peguam, Abdus Saleem berkata bahawa kes boleh difailkan terhadap ikan untuk kejadian itu mengikut prosedur dan sesyen undang-undang tetapi tidak mungkin untuk mengambil tindakan terhadapnya. - Sumber WioNews.

Sumber artikel : InfoMalaysiaTrending

Post a Comment

0 Comments