Ticker

6/recent/ticker-posts

‘Long Tiger’ dilepas tanpa dibebaskan mahkamah daripada tuduhan pemerasan

 



Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai ‘Long Tiger’ hari ini dilepas namun tidak dibebaskan oleh Mahkamah majistret Tangkak hari ini atas pertuduhan pemerasan mengikut Sesyen 388 Kanun Keseksaan.


Majistret Zaridah Abdul Jaapar, ketika membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan membuat hujahan lisan yang panjang lebar berhubung kesan kemaatian saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman, di tengah-tengah perbicaraan.



Peguam mewakili Hamim, Shaharudin Ali, dalam kenyataannya, berkata pihak pembelaan juga belum melengkapkan pemeriksaan ke atas saksi dinyatakan.


Pada 15 Dis lalu, Hamim meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah, pada 11.55 pagi, sebelum bermula perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.


Pada masa sama, Hamim turut berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan mengikut Sesyen 506 Kanun Kesekksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya dan Sesyen 376 kanun sama kerana merog0I.




Lelaki Rohingya itu kini sedang menjalani hukuman penjaara setahun kerana meloloskan diri dari lokap mahkamah, pertengahan Dis lalu.


Sumber : FMT

Post a Comment

0 Comments