Ticker

6/recent/ticker-posts

Anwar bimbang sampai tak lena tidur dengan keadaan semasa politik di Malaysia

 


Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin saling bersaing untuk menawan Putrajaya dengan kedua-duanya mendakwa mempunyai majoriti.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan tempoh kepada kedua-duanya sehingga sehingga 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum.

Keadaan sunyi di WTCKL

8.30am: Pagi yang mendung di kebanyakan kawasan di Lembah Klang.

Setakat ini keadaan di WTCKL, yang merupakan ibu pejabat BN dan Umno, sunyi sepi.

Sementara itu beberapa orang wartawan ditugaskan di luar kediaman Anwar Ibrahim di Sungai Long, Selangor.



Retorik perkauman membimbangkan - Anwar

8.00am: Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan terhadap sentimen dan retorik perkauman sejak kebelakangan ini.

Menurut Anwar keadaan itu diapikan oleh segelintir pihak yang terdesak dan berkepentingan terutamanya di saat penting seperti sekarang.

“Usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan,” kata Anwar dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Anwar berkata dia mengalu-alukan kenyataan tegas Ketua Polis Negara Acryl Sani Haji Abdullah Sani dalam menghentikan perkembangan yang mampu menggugat kemajmukan Malaysia.

Post a Comment

0 Comments