Ticker

6/recent/ticker-posts

Bertudung tapi berbikini? Pakaian renang selebriti terkenal berstatus janda buat netizen risau

 


Baru-baru ini viral satu posting di media sosial yang memaparkan seorang selebriti wanita terkenal yang bercuti ke luar negara bersama rakan-rakannya menarik perhatian ramai kerana dikatakan sangat keterlaluan dengan imej berhijab.


Menerusi laporan yang dimuat naik portal BOOM! , selebriti cantik itu yang juga pengasas produk kecantikan tampil mengenakan ‘hijab’ sejak awal tahun lalu. Namun, apa yang mengejutkan adalah penampilannya ketika bercuti di sebuah hotel terkemuka dekat Phuket, Thailand.


Tidak diketahui di mana lokasi tepat, namun yang pasti menerusi foto-foto perkongsiannya, destinasi tersebut jelas kelihatan seperti di negara luar.



Dalam foto itu, dia dilihat sedang berenang dalam kolam renang yang berlatarbelakangkan sebuah hotel mewah terkemuka, dipercayai terletak di Phuket, Thailand.


Namun yang peliknya, sut renang yang dipakainya bukan saja mengundang rasa hairan, malah mewujudkan persoalan lebih serius menyentuh soal mazhab diikutinya.


“Pakai tudung tu dah betul, tapi ajaran mazhab mana yang dia ikut ni? Biar betul?


“Bertudung dan berbikini? Siap pakai jubah lace. Wah, konon dialah terpaling fesyen agaknya!” memetik reaksi netizen yang terkejut melihat pemakaian yang digayakannya.



Menjengah ruangan komen, ternyata ramai yang mengecam penampilan wanita berstatus janda itu.


Namun ada juga segelintir warganet sudah menjangka ‘penghijrahan’ ditunjukkan selebriti berkenaan hanyalah sandiwara semata-mata.


Bahkan, perbuatan wanita yang pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan itu turut dianggap telah memperlekeh kesucian agama!


Sumber : BOOM!

Post a Comment

0 Comments