Ticker

6/recent/ticker-posts

Gambar pertama selepas kahwin? Netizen teruja lihat Fyna Jebat dan Zainal Abidin makan bersama

 

Beberapa hari kebelakangan ini kecoh di media sosial apabila jurulatih bolasepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan yang dikatakan telah berkahwin dengan Fyna Jebat,


Walau bagaimanapun sehingga hari ini, kedua-duanya masih mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak memuat naik sebarang gambar perkahwinan di media sosial.



Terbaru, viral satu perkongsian video apabila Datuk Mustapha Kamal memuat naik video di laman tiktoknya memaparkan momen dia dan isterinya keluar makan bersama pasangan pengantin baru itu.


Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen baru percaya yang pasangan itu telah berkahwin selepas melihat video tersebut.



"eh betul rupanya dato nal kawin baru.tahniah.." - netizen


"Knp aku bru percaya lps tgk gmbr ni..😂 slmt pgntin bru" - netizen


"Tq so much papa megah holdings, ini la gambar yg saya dpt tengok lepas dorg nikah. Selamat pengantin baru utk mereka" - netizen





Ramai mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia dan memuji pasangan itu nampak sungguh sepadan.


Kredit : Tiktok Mustapha Kamal

Post a Comment

0 Comments