Ticker

6/recent/ticker-posts

"KJ pemimpin bijak, kalau berminat boleh buat permohonan" - Muhyiddin

 


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia untuk membuka ruang dan mempertimbangkan jika ada pemimpin UMNO yang dikeluarkan yang ingin bergabung dengan mereka. 


Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa hal ini akan ditentukan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, terutamanya jika terdapat permohonan untuk bergabung dari pemimpin UMNO seperti bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.


Muhyiddin menganggap Khairy sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan menyatakan bahawa bekas Ketua Pemuda UMNO itu boleh mengemukakan permohonan jika dia berminat untuk melakukannya.




“Khairy ini orang bijak pandai dan banyak orang suka. Tetapi tidak mengapa semua (yang dipecat) ini saya kenal (jadi) terserah kepada mereka kalau mereka rasa sesuai (sertai Bersatu).


“Bukan saya nak memuji, tetapi ketika dia (Khairy) bersama saya dan kerajaan dahulu saya lantik dia jadi menteri walaupun parti tidak menamakan dia dulu. Jadi, kita kenal dia bijak orangnya dan politik pun boleh tahan matang.


“Kalau Khairy berhasrat untuk bersama menyertai (Bersatu), dia boleh buat permohonan, berbincang dan kita akan pertimbangkan secara baik,” katanya.




Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina, Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini pada Sabtu. 


Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk mengeluarkan Khairy dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar daripada parti. UMNO juga menggantung keahlian beberapa pemimpin lain seperti Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.



Sumber : ASTR0 AWANl

Post a Comment

0 Comments