Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya izin anak bermadu, tapi jika penuhi syarat ini, kata Azhar Sulaiman

 


Aktor berpengalaman, Azhar Sulaiman, 52, menggariskan empat syarat untuk anaknya, Kasih Iris Leona, 21, sekiranya mahu mendirikan rumah tangga.


Menerusi entri di Instagram (IG), Azhar berkata, perkara paling utama adalah calon suami mestilah mempunyai pendidikan bertaraf ijazah selain tidak menolak sekiranya Leona dipertemukan dengan lelaki sudah berkahwin.


Bagaimanapun, pelakon filem Trauma itu tetap berpegang kepada ketentuan Yang Maha Esa dalam soal jodoh.


"Nampaknya, ramai mengata anak perempuan saya akan jadi bini (isteri) nombor dualah, nombor tigalah.


"Resmi mami (gelaran Azhar) senang. Terima sesiapa saja asalkan ada 'degree' (ijazah) dalam pelajaran.


"Pastikan hormat dan jaga maruah anak perempuan saya dan keluarga kalau calon sudah berkahwin.


"Uruskan hal-hal dalaman kamu dengan berhemah dan jangan sampai kecoh satu Malaysia. Akur ajal jodoh di tangan Allah SWT," tulisnya.



Menerusi ruangan komen, Azhar turut mendedahkan Leona cenderung untuk memilih jejaka berketurunan Cina.


"Anak saya suka lelaki Cina. Saya rasa merekalah yang penat nak bimbing kalau terjadi kahwin nanti," katanya.

Sumber : Berita Harian

Post a Comment

0 Comments