Ticker

6/recent/ticker-posts

Terpaksa kerja luar kawasan, minta kawan baik jagakan suami, sekali kantoi dicekup memadu asmara atas katil

 


Seorang wanita telah mengalami patah hati apabila teman baiknya sendiri didapati sedang bermesra dengan suaminya di atas katil rumah mereka ketika dia keluar untuk bekerja. 


Wanita itu sebenarnya meminta bantuan dari sahabat baiknya untuk menjaga suaminya untuk sementara waktu, tetapi kepercayaannya disalahgunakan oleh sahabatnya tersebut.


Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak lelaki dan suaminya hanya memiliki pendapatan sampingan melalui aktiviti pelaburan. Kejadian ini pastinya menyakitkan bagi wanita tersebut, terutamanya kerana percaya kepada orang yang dia anggap sebagai sahabat terdekatnya.




Memetik artikel dari beautifulnara, Akan tetapi, kejadian tragis itu terjadi pada seorang wanita yang terpaksa meninggalkan rumah untuk bekerja. 


Dia meminta bantuan sahabat baiknya untuk menjaga suami dan anak tunggal mereka, tetapi apa yang berlaku setelah itu begitu menggemparkan.


Sahabat baiknya tidak hanya melakukan hubungan seksual dengan suaminya, tetapi juga meminta anak itu untuk memanggilnya 'ibu'. Semua itu terekam dalam kamera litar tertutup yang dipasang di dalam rumah.




Setelah mendapat tahu kejadian itu, si isteri yang terperanjat bergegas pulang dan menuntut penjelasan.


Namun, si suami seolah-olah tidak peduli dan menyatakan bahawa dia akan bercerai apabila pembahagian harta sudah selesai. Kini, si wanita terpaksa menghadapi pengkhianatan yang menyakitkan itu dan mencari jalan untuk terus hidup.

Post a Comment

0 Comments