Ticker

6/recent/ticker-posts

Ah Moi Pesan Jangan Cabar Seorang Ibu Berjuang Demi Anak-Anak

 



Pempengaruh media sosial, Shermine Ah Moi menekankan bahawa tidak sepatutnya seseorang mencabar seorang wanita yang sedang mempertahankan haknya sebagai seorang ibu. 


Ah Moi memberitahu bahawa ada pihak yang menganggap tindakannya menularkan perbuatan curang bekas suaminya, View Chin, mungkin dianggap tidak sesuai, tetapi baginya, tindakan tersebut adalah bertujuan untuk melindungi haknya sebagai ibu. 


Selain itu, Ah Moi turut menambah bahawa tindakan curang bekas suaminya tersebut telah mempengaruhi kehidupan anak-anak mereka. Oleh itu, beliau menegaskan pentingnya untuk menghormati hak setiap individu dan tidak menyebarkan fitnah atau maklumat palsu yang dapat merosakkan reputasi seseorang.


“Mungkin kebanyakan lelaki rasa Ah Moi buat viral macam ni memang gila betu. Tapi janganlah mencabar seorang ibu demi anak-anak dia.




“Usahawan dan influencer yang popular di luar sekarang, jaga-jaga perangai korang eh. Ada duit ada penyondol je, kalau apa pun tak ada, apa lagi,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.


Dalam perkembangan lain, View Chin dan juga wanita yang dikatakan penyondol rumah tangga mereka iaitu Mira masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan lain.


Kali terakhir kenyataan mereka ada memohon maaf atas kontroversi berkenaan.


Terdahulu, nama View Chin hangat diperkatakan netizen selepas isterinya, Shermine Ah Moi mendakwa bahawa dia berlaku curang dengan pekerjanya sendiri iaitu wanita bernama Mira.




Tidak cukup dengan itu, Ah Moi juga turut mendedahkan beberapa bukti di media sosial miliknya


Ah Moi juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap View Chin atas tuduhan curang yang dilemparkan kepadanya.



Sumber :Gempak


Post a Comment

0 Comments