Ticker

6/recent/ticker-posts

Mira Kekasih Gelap View Chin Sebenarnya Dah Kahwin Dengan Lelaki Melayu Sebelum Ini?

 



Kontroversi seputar View Chin dan Mira masih menjadi topik hangat di media sosial, dan beberapa gambar yang didakwa sebagai gambar perkahwinan Mira telah tersebar di media sosial. 


Ramai netizen yang kini mengutuk View Chin dan Mira kerana dikatakan telah menzalimi Shermine dan keluarganya. Namun, sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dari pihak View Chin atau Mira mengenai perkara ini.


Terkini, tular pula di laman Facebook memaparkan beberapa keping foto Amirah atau Mira yang didakwa sudahpun mendirikan rumah tangga dan sebenarnya merupakan isteri orang.



Menerusi hantaran tersebut, seorang pengguna Instagram telah mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin itu selain mendoakan perkahwinan mereka kekal bahagia.



Dalam majlis persandingan tersebut, harapan agar perkahwinan Amirah Aqilah berkekalan hingga ke syurga disuarakan oleh semua pihak.


Kebahagiaan juga dirasai oleh keluarga pengantin apabila segala urusan berjalan dengan lancar.


Namun, hantaran yang dikongsi di media sosial tersebut telah menimbulkan tanda tanya dan spekulasi mengenai status perkahwinan Amirah Aqilah yang dikatakan telah berkahwin sebelum ini.


Namun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi mengenai kesahihan hantaran tersebut.


Sumber : OHMEDIA


Post a Comment

0 Comments