Ticker

6/recent/ticker-posts

Sarah Minta Duit Dan Harta Yang Berlebihan, Dia Pesan Jangan Beritahu Orang, Kata Syamsul Yusof

 



Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih berterusan apabila pada pagi tadi, Syamsul enggan untuk melafazkan kata-kata cerai terhadap isteri pertamanya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Puteri Sarah kemudian memaklumkan bahawa sebenarnya kegagalan proses lafaz cerai oleh Syamsul adalah disebabkan oleh permintaannya untuk mengurangkan nafkah anak dan mutaah serta memohon penarikan semula kes saman terhadap keluarga Kazar Saisi.


Rentetan daripada isu tersebut, Syamsul tampil menafikan perkara tersebut dan mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkan Puteri Sarah adalah satu fitnah.


Dakwa pengarah berusia 39 tahun ini lagi, pada awalnya mereka berdua telah berjumpa dan akhirnya menemui kata sepakat termasuklah bersetuju untuk memberi satu amaun yang diminta isterinya itu.



Sarah minta satu amaun yang boleh dikatakan besar. Ramai yang tak setuju tapi saya setuju dengan apa yang Sarah minta. Sarah juga minta saya tarik kes nusyuz yang kata dia ada hubungan dengan suami orang, menggangu rumah tangga orang.



Okay saya boleh tarik, begitu juga dengan saya yang minta pada Sarah tarik kes isteri kedua saya, Ira Kazar. Tak perlu kita panjangkan isu ini, mudah mudahan kita boleh teruskan kehidupan dengan baik demi anak-anak. Alhamdulillah, kita dah capai kata sepakat.


Tetapi beberapa hari lalu, Syamsul mendakwa menerima satu perjanjian baharu daripada peguam Puteri Sarah dan initipatinya sangat berbeza dengan apa yang dipersetujui sebelum ini.


Pihak Sarah yang menukar tiba-tiba, meminta duit berlebihan, meminta harta-harta yang lebih banyak. Sarah juga pesan jangan beritahu orang dengan apa yang dia minta. Jadi sekarang ni, dia putar cerita bahawa saya yang menukar perjanjian. Itu hakikat yang sebenar.




Disebabkan Sarah tak mahu mencapai kata sepakat, saya nekad untuk berlawan. Sebenarnya tak ada melibatkan isu nusyuz, Ira.


 Itu bukan isunya, isu Sarah kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi ni, padahal yang dah beri pun lebih daripada perlu. Kalau itu pilihan Sarah, kita terpaksa berlawan lah. Kita serahkan kepada mahkamah.


Terdahulu, proses lafaz cerai yang dijadualkan berlaku pada hari ini tertangguh disebabkan pihak mahkamah ingin mendapat penjelasan daripada pengerusi JKP pada prosiding seterusnya pada 25 Mei depan.


Sumber : Ohbulan

Post a Comment

0 Comments