Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedih sungguh! Kisah Benar Doraemon, Ramai Tak Tahu Bagaimanakah ‘Ending’ Sebenar

 



Seperti yang kita tahu, Jepun banyak memproduksikan animasi-animasi menarik dalam pelbagai bentuk dan tema. Ia adalah hiburan yang seronok ‘dilayan’ oleh sebilangan besar kanak-kanak.


Kebanyakan siri animasi berkisar dari komik atau manga yang telah disiap ditulis. Antara animasi Jepun yang berjaya menembusi kaca televisyen Malaysia adalah Naruto, Dragon Ball dan juga siri Doraemon.


Beberapa siri animasi ini telah lama ditayangkan namun ia tetap tidak mendatangkan rasa jemu kepada peminatnya. Oleh itu, ramai anak yang membesar bersama kartun Jepun ini khususnya animasi Doraemon.


Untuk sesiapa yang masib belum mengetahui kisah sebenar Doraemon, anda boleh ikuti perkongsian yang dibawakan oleh saudari Zunita Ramli di akaun Facebook miliknya.


 Kisah Doraemon


Sebabkan ada yang tanya pasal kisah Doraemon, jadi saya up semula post ni.









Doraemon sebenarnya lahir pada 3 September 2112 dan merupakan robot kucing dari masa depan. Dia dihantar oleh cicit Nobita yang bernama Sewashi dari masa depan ke masa lalu untuk membantu moyangnya, Nobita kerana Sewashi dapat tahu bahawa Nobita mengalami tekanan di sepanjang hidupnya.


Nobita, atau nama sebenarnya Nobita Nobi adalah murid sekolah Darjah 5. Lahir pada 7 Ogos, Nobita merupakan anak tunggal dalam keluarga. Nobita digambarkan seorang yang lemah dalam pelajaran dan sukan, kelam-kabut dan sering dibuli rakannya terutama oleh Giant dan Suneo.


Kisah penceritaan siri Doraemon mengambil tempat di Tokyo, atau lebih tepat di Tokyo Nerima Ward, Tsunemigoto Susukigahara. Doraemon mempunyai 4 dimensi poket yang mempunyai pelbagai gajet dari masa depan.








Seperti yang diketahui, siri Doraemon tidak mempunyai penghujung, tetapi ramai peminat Doraemon mencipta penghujung cerita ini.


Antara siri terakhir Doraemon yang popular adalah karangan Nabuo Sato iaitu peminat Doraemon (fans-made) yang bertajuk “Time Paradox”, di mana dalam penceritaanya, Doraemon telah kehabisan bateri.


Terkejut dengan keadaan itu, Nobita menghubungi Dorami chan, hanya mengetahui yang Doraemon mungkin juga akan kehilangan memory support circuit kerana dia telah kehilangan telinganya. Ini bermakna, segala memori yang dilalui bersama akan turut hilang walaupun telah diganti bateri baru.


Insiden tersebut memberi tamparan hebat pada Nobita dan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi yang terbaik untuk Doraemon. Beberapa tahun selepas itu, Nobita berjaya menjadi seorang saintis terkenal di Jepun dan berkahwin dengan Shizuka.


Dalam babak terakhir, Nobita yang telah berjaya menggantikan bateri Doraemon telah memetik suis “on” pada Doraemon. Doraemon terus bangun dan bertanya, “Nobita, dah siapkan kerja sekolah?”


Nobita yang terkejut melihat Doraemon masih ingat kepadanya, menangis berpelukan… sama seperti ketika dia masih kecil dahulu.


Rasanya ramai tahu ada satu lagi penceritaan lain pasal pengakhiran Doraemon, juga dibuat oleh peminat Doraemon (fans-made). Dalam kisah lain, Nobita rupanya menghidap skizofrenia dan semua watak dalam siri Doraemon adalah ilusi.


.


#CatatanZunitaDiJepun


Sumber: Facebook Zunita Ramli

Post a Comment

0 Comments