Bapa dedah anak pernah dibuli di SMKA. Pembuli itu juga seorang anak VVIP. Sampai sekarang kes itu tiada tindakan walaupun dah buat report polis.
Baca perkongsian si bapa di bawah:
Teringat kepada kes anak sy kena buli di SMKA Kota Kinabalu pada tahun 2004/2005 yang melibatkan salah seorang anak VVIP sekarang sebagai ketua geng samseng.
Walaupun laporan polis dibuat dan pemeriksaan kesihatan di Hospital Likas mengesahkan anak sy kena pukul gara-gara menegur sekumpulan pelajar yang hisap rokok di asrama dan tidak berdisiplin semasa beratur mengambil makanan serta membuat bising.
Soal siasat polis telah dibuat di IPD Kota Kinabalu tetapi kerana anak VVIP maka tiada tindakan diambil.
Kami tiada duit nak ambil saman sivil masa tu kerana kerja kerajaan sahaja.
VVIP ni senang sahaja. Letak anak di sekolah agama supaya guru didik tapi anak tetap nakal seperti bapanya jugak.
Pengetua sekolah mohon tarik balik laporan polis bagi menjaga nama baik sekolah.
Walaupun kami tidak menarik balik laporan polis tersebut, sehingga kini pelaku tidak didakwa dan sekarang menjadi pemilik perniagaan dan berjaya kerana bapa adalah VVIP.
Saya terpaksa tukarkan anak sekolah di SMKA Innanam untuk selesaikan PMR pada masa tersebut kerana gangguan emosi yang berterusan.
Setiap pagi hari exam PMR saya akan berada di SMKA Inanam bagi memberi sokongan moral dan semangat.
Sumber : santai jer
0 Comments