Ticker

6/recent/ticker-posts

Kronologi sebenar yang ramai tidak tahu kehilangan pempengaruh dunia permotoran yang menggemparkan Malaysia

 


Dipetik dari fb Qaqal Jeffry 

Kronologi malas nak cerita panjang. Sekarang ni pun semua dah tau apa cerita sebenar. Aku pun tak larat nak tengok fon. Dari subuh tadi sampai subuh besok rasanya fon berdeting ni. Cuma mesej yg aku nak sampaikan lebih kepada personal, hak bersuara sendiri, profile sendiri, bkn dari pov rawak ataupun umum. Tiada niat hasutan dan tohmahan. Segalanya benar belaka. 

Aku ni pikirkan, kawan lama. Lebih sedekad. Betapa risaunya kita, sbb kenal isteri, kenal anak, punya lah merintih doa dalam hati mintak dijauhkan dari segala bala bencana kalau kawan2 ni, apetah lagi diri dan keluarga sendiri. Tengah kerja, dapat call dr cikman, berdesup start enjin terus ke lokasi kejadian. Mana taknya, kena pulak area area kampung kita sendiri. 

Masa sampai di tempat kejadian, hanya 1 perkara terlintas. Mcm mana kereta boleh dalam sungai? Tiada kesan accident di kawasan sekitar. Pihak bomba pulak lepas selam report terus gear dlm kedudukan L, kunci menunjukkan on, dan tingkap turun. Dlm hati terdetik, ini bkn kemalangan, ini mmg disengajakan, tujuan hapuskan bukti etc, dan nak larikan perhatian biar semua tertumpu di situ. Tapi terlepas pandang bab air ada pasang surut siang malam. Lepastu katanya Airtag last dikesan kena campak atas jambatan tepi tu, mana mungkin org lain tau lokasi Airtag kalau disorok dalam kereta melainkan owner sendiri. Airtag tu kecik badol. Link dgn AppleID. Tapi waktu tu cuma firasat hati lah, sebab mmbesar banyak tgk AXN cite CSI. 

Tunggu punya tunggu, sambil nak experience sendiri mcm mana pihak berkuasa kita jalankan tugas. Mmg aku tabik hormat. Protokol, SOP dorg sebiji mcm dlm movie. Siap ada whiteboard, yg sana jalan kerja, yg sini direct report. Segala pembolehubah dan keberangkalian listed bagai bagai la aku cite lelebih bukan korang paham. Kereta kau keluar dr air pun aku dan yg lain yg tolong tarik tau. Tkde gambar bukti kang ckp nipu pulak. Punya la ramai yg tolong. Nyamuk gigit aku, aku gigit nyamuk balik. Yg aku kecewa, punya lah panjang lebar aku berbual dgn adik kandungnya, tanya khabar, amek berat, rupanya lakonan semata mata. 

Pencarian terhenti selepas 3 hari. Ni pun dah rasa aneh, normally 7hari ke atas and even family member boleh minta rayuan panjangkan selagi tak jumpa. Jadi aku beranggapan, pihak berkuasa dah hidu sesuatu. Sekali, sangkaan ku benar benar belaka. PDRM kita hebat tentuan. Bukan entry2 level tau. Aku dengar khabar, sehari selepas katanya hilang, dpt trace dia keluarkan semua duit dari ATM. Dan katanya adik sendiri yg hantar ke bus stand untuk lari. CCTV spotted. Masuk siam pun katanya cop passport, igtkan berenang ikut golok. Ahh maleh aku spill lelebih. Tkde pekdah dah. 

Cuma 1 je aku nak tekankan. Kecewa dgn tindakan ni. Regardless any reasons behind it, kau tak patut. Kalau pasal hutang, aku no comment. Aku pun banyak hutang. Ramai lg banyak hutang kalau dah nama berbisnes ni. Kalau pasal kahwin lain, aku pun no comment, sbb tu peribadi masing2. Tapi aku rasa tak. Bayangkan berapa ramai pihak yg terlibat, tak termasuk perasaan ahli keluarga terdekat. Mungkin kau ada reason tersendiri, but still niat tak menghalalkan cara. 

Jadikan pengajaran kepada diri sendiri, cuma aku sangat terharu dan bersyukur bila berlaku kes mcmni, aku betul2 nampak circle aku siapa kawan sejati, betapa besarnya sayang dorg pada kawan2. Sangat kesian bro, if only u could see those faces by that time. Lelaki tak bercerita, tau tau selam dulu. Semoga kalau esok lusa berlaku pada kita, aku harap sgt kawan2 ramai tolong family aku. 

Again, ni kali terakhir aku nak pikir pasal ni. Andai kau terbaca posting ni besok, tolong lah sedar dan bawa bertaubat. Walaupun dulu kita banyak bergaduh, dan kau pun banyak musuh, kitorg semua ketepikan ego tu, dan doakan kau. Sayang pada bisnes, ralat sgt pada future kau. Nasi dah jadi bubur, perahu tak boleh undur. Ayuh move forward, dan lupakan je kes tahpape ni. 

Duit minyak, tol, kesan gigitan nyamuk, asam pedas tetel sepinggan nanti kau dah bebas, aku hantar no acc k. Doa2 takpayah refund, aku ikhlas.

Post a Comment

0 Comments