Ticker

6/recent/ticker-posts

Polis Kelantan serbu, rampas ratusan kօndօm, ubat HlV ketika perjumpaan 'lelaki minat lelaki' di Kota Bharu

 



Perjumpaan makan-makan kumpulan gay di sebuah banglo di Jalan Kemumin, di Kota Bharu, Kelantan yang dipercayai disertai hampir 100 gay diserbu polis.


Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam jam 1 pagi pada pertengahan bulan lalu itu turut membawa kepada rampasan ratusan kondom dan ubat HIV.


Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika serbuan dilakukan hanya 20 lelaki ditahan, manakala yang lain dipercayai sudah pulang.


“Kita mendapat maklumat kumpulan gay berkenaan menyewa sebuah banglo untuk acara makan-makan dalam kalangan mereka dan hasil risikan kami pertemuan itu dihadiri hampir 100 gay.

Post a Comment

0 Comments