TAKUT BAPA MARAH BALIK LEWAT, PAKWE JAGA AWEK DI HOTEL
Satu pasangan ditangkap di dalam sebuah bilik hotel di Kota Tinggi. Lelaki bujang berumur 26 tahun dari Muar manakala wanita anak dara berusia 21 tahun dari Pekan Nanas.
Tangkapan penguatkuasa JAINJ jam 9.00 pagi setelah pasangan ini masuk menyewa bilik jam 3.00 pagi. Menurut pasangan ini, mereka keluar berdua untuk menziarahi saudaranya sempena musim durian dan rambutan. Apabila sudah terlewat balik, maka mereka mengambil keputusan untuk menyewa satu bilik hotel. Bapa perempuan ini marah sangat kalau anak perempuan balik lewat malam.
Mulanya mereka berhasrat untuk menyewa 2 bilik berasingan tetapi terfikir juga membazir dan lebih baik duit itu isi minyak kereta dan bayar tol.
Apabila pintu diketuk, lelaki telah membuka pintu dengan berpakaian seluar panjang dan tidak berbaju. Wanita pula mengunci pintu tandas. Apabila keluar, wanita memakai baju lengan panjang dan bertuala sahaja.
Pasangan ini ada perancangan hendak bernikah tapi belum sampai jodoh lagi katanya. Nak cerita pasal masalah kewangan, itu terlalu peribadi untuk diceritakan.
Lagi satu, pasangan ini tidur hotel sebab takut bapa marah tapi kalau bapa tahu kena tangkap, bukan saja marah tapi tak tahu apa nak cakaplah.
Kalau bapa suruh nikah cepat dan sediakan maskahwin saja itu kita bonus lah. Tapi kalau macam cerita Ahmad Albab, disuruhnya nikah dengan kawan bapak sekampung, melepaslah lelaki tu.
Pasangan ini ditangkap khalwat dan boleh didenda sehingga 3 ribu ringgit atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Penguatkuasa JAINJ
0 Comments