Ticker

6/recent/ticker-posts

Gambar ‘Anu’ Muncul di Insta Story, Ini Penjelasan Zul Ariffin


‘Tepuk dahi kami baca komen gadis-gadis yang merenyam nak tengok ‘anu’ Zul Ariffin. Yang dah tengok tu siap cakap ‘anu’ macam Zul Ariffin lah yang menjadi idaman.’

Kecoh satu Malaysia semalam apabila akaun Instagram Zul Ariffin menyiarkan gambar ‘anu’ (Sampai sekarang masih tidak diketahui siapa pemiliknya) di Insta Story miliknya. Antara yang paling terkejut adalah followers dan peminat setia aktor kacak itu.

Menerusi Harian Metro, Zul Ariffin menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dan kenapa imej yang tidak sepatutnya telah muncul di akaun Instagram miliknya.

Bukan ‘anu’ saya

Gambar ‘Anu’ Muncul di Insta Story, Ini Penjelasan Zul Ariffin

“Itu bukan ‘anu’ saya. Takkan saya nak muat naik gambar ‘anu’ di sosial media. Ini semua kerja gila ‘hackers’ yang sengaja mahu memalukan dan mensensasikan keadaan,” kata Zul Ariffin kepada portal berita berkenaan.

Pelakon bertubuh sasa ini juga menjelaskan dia terduduk apabila panggilan dan mesej bertalu-talu masuk sebaik rakan-rakan mengetahui perkara tersebut.

Tak tergamak nak malukan diri sendiri

Gambar ‘Anu’ Muncul di Insta Story, Ini Penjelasan Zul Ariffin

“Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar ‘anu’. Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian”

“Kalau kawan saya tidak hubungi pasti banyak lagi gambar yang akan dimuat naik. Saya sudah menukar kata laluan supaya ‘hackers’ tidak dapat menembusi akaun peribadi saya. Agak-agaklah saya nak muat naik gambar ‘anu’ di IG”

“Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar atau meletak kapsyen kerana sosial media ini segala benda pantas menjadi viral kalau ada yang tidak kena. Saya nak muat naik gambar yang nampak lutut pun saya berhati-hati, inikan pula gambar ‘anu’. Saya belum gila nak buat itu semua,” katanya.

Gambar ‘Anu’ Muncul di Insta Story, Ini Penjelasan Zul Ariffin

Kasihan Zul Ariffin. Macam-macam dugaan yang ditempuhinya sejak dua menjak ni. Jadi kepada anda semua di luar sana, khususnya peminat setia Zul boleh lah menarik nafas lega kerana aktor kesayangan anda itu tak mungkin tergamak memuatnaik gambar yang akan memalukan dirinya sendiri.

Gadis Malaya merayu nak gambar ‘anu’ Zul

Tepuk dahi kami saat membaca komen-komen dari gadis-gadis Malaya ini yang tanpa segan silu meminta gambar ‘anu’  Zul Ariffin. Bengkak dahi kami bila gadis berhijab tidak terkecuali. Korang saksikan la sendiri.

Gambar ‘Anu’ Muncul di Insta Story, Ini Penjelasan Zul Ariffin

Gambar ‘Anu’ Muncul di Insta Story, Ini Penjelasan Zul Ariffin

Gambar ‘Anu’ Muncul di Insta Story, Ini Penjelasan Zul Ariffin

Credit: Rotikaya

Post a Comment

0 Comments