Ticker

6/recent/ticker-posts

Azwan Ali Bertanding PRU-14 Sebagai Calon Bebas Lawan Abang Sendiri

Azwan Ali Bertanding PRU-14 Sebagai Calon Bebas Lawan Abang Sendiri

‘Dia tidak menolak kemungkinan akan menggunakan strategi bersifat peribadi bagi tujuan menjejaskan reputasi darah dagingnya sendiri.’

Azwan juga tidak menolak kemungkinan akan menggunakan strategi bersifat peribadi bagi tujuan menjejaskan reputasi darah dagingnya sendiri itu.

Nampaknya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini akan menjadi sangat menarik lagi apabila Azwan Ali mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas menentang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu abangnya sendiri.

Agak lama menyepi dan tanpa mencetuskan sebarang kontroversi, pengumuman Azwan Ali itu mengejutkan dunia politik dan para peminatnya.

Azwan Ali Bertanding PRU-14 Sebagai Calon Bebas Lawan Abang Sendiri

“Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat. Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini,” jelasnya dipetik melalui BH Online.

Dakwanya, sebagai seorang adik yang banyak menyimpan rahsia abangnya, Azwan juga tidak menolak kemungkinan akan menggunakan strategi bersifat peribadi bagi tujuan menjejaskan reputasi darah dagingnya sendiri itu.

“Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14. Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah,” ujarnya.

Akhir sekali, andai ditakdirkan menang, Azwan Ali akan belanja rendang selain menjelaskan jika dia kalah pun tidak mengapa kerana apa yang penting, peratus undi Azmin bakal terjejas.

Azwan Ali Bertanding PRU-14 Sebagai Calon Bebas Lawan Abang Sendiri

“Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas”

“Tapi jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya akan dapat merasa rendang saya secara percuma, dan tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU,” katanya. Rasa-rasa nak makan rendang, bolehlah cuba mengundi Azwan Ali.

Credit: Rotikaya

Post a Comment

0 Comments